Sunday, October 25, 2009

Hanya DIA Yang Mampu



Jumaat. Cuti umum Deepavalli.

"Ayah! ayah! ada burung mati dalam longkang", teriak Amar padaku. Ketika itu aku baru sahaja sampai dari Bt Pahat, servis kereta. Diapun berlari-lari anak sambil tangannya melambai-lambai aku mengajak ke arah longkang di tepi rumahku.

Ya. Memang ada seekor burung tergolek 'dog' (hahaha....burung tergolek dog, wa cakap lu) dalam longkang tu. Aku amat-amati burung tu. La hidup lagi rupanya! Sbb matanya masih terbuka dan bercahaya.

Akupun angkat burung tu. Ada kesan darah di lehernya, juga dihurung semut. Sebahagian bulunya basah.

Aku ambil vacuum cleaner. Letak on blower mode, dan pelan-pelan blow burung tu utk keringkan bulunya. Sambil-sambil tu buang semut yg ada. Mula-mula meronta-ronta jugak dia cuba lepaskan diri. Tp lama-lama dia mendiamkan diri. Mungkin dia tahu aku berniat utk menolongnya.

Aku check lehernya yg berdarah, tp tiada kesan luka ketara....cewah, mcm CSI la pulak.

Aku cuba kasi makan nasi. Tp dia keluarkan balik. Ait! tak makan nasi rupanya.

Memandangkan waktu Jumaat masa tu pun dah hampir, akupun tinggalkan burung tu dlm sangkar kucing yg kebetulan aku beli dulu.

Balik Jumaat, terus je aku gi ngadap burung tu balik. Sambil-sambil tu blow dia lagi....bulunya belum kering lagi. Diapun aku tengok bertambah sihat, matanya bertambah bercahaya, tp tu lah...tak boleh berdiri. Tak tau sbb apa. Check2...takde pulak luka lain.

Berharap sesgt dia terus hidup, sihat dan dpt berdiri semula.

Lepas tak tau nak buat apa lagi, aku tinggal dia dlm sangkar tu balik. Sejam dua lagi tengok balik, mcm mana keadaannya.

Memandangkan hari tu cuti dan takde apa-apa nak buat, aku pun bertenet la. Sedar-sedar Amar & Nuqman jerit dari dapur, "ayah! ayah! burung dah mati! semut gigit!". Memang sungguh, mati betul kali ni. Mata tertutup. Badan, kaki...semua keras.

Frust.

Tapi tu lah....hanya DIA yang mampu.


No comments:

Post a Comment