Sunday, December 12, 2010

Emas Simpanan

Salam.

1. Keputusan aku keluarkan duit simpanan dan kemudian tukarkan ia dalam bentuk emas memang berbaloi-baloi. Tak sampai setahun, aku dah dpt dalam 20% keuntungan....saham Bank Rakyat pun kalah, inikan pulak ASB dan yg sewaktu dgnnya. Kalau aku dok simpan duit tu dlm bank, baru berapa persen tah agaknya aku dpt.

2. Nak beli emas ni tak perlu tunggu harga rendah.....ada duit, beli....1 dinar pun ok dah....sebab dalam jangka masa panjang, harganya tetap akan naik. Tapi kalau dapat beli masa harga tengah rendah, itu lagi baik!!!

3. Nak tahu lebih lanjut tentang emas ni, boleh la lawat blog kawan2 aku di http://www.auraurum.com/ atau di http://rimbaemasku.blogspot.com/ 

4. 1 dinar Public Dinar kat bawak ni untuk dijual. Harga boleh rujuk kat http://www.publicdinar.com/ untuk lock. Ni contact no aku 0129810364.

5. Believe it or not....harga seekor kambing dulu2 adalah 1 dinar. Harga seekor kambing sekarang ni dalam RM 600 lebih kurang. 1 dinar sekarang ni dalam RM600 gak...what a coincidence!!! Bila aku cerita kat bos aku, terus dia mengiakan...."betul tu, aritu aku cari kambing utk buat Aqiqah anak aku, harganya lebih kurang tu jugak.


7. No regret punya. Jadikan emas sebagai ganti duit simpanan anda!


Thursday, December 9, 2010

Ma'al Hijrah

Salam.

Lama sesungguh tak update blog aku ni ya! Ni facebook punya pasal la ni...hehe.

Ok lah. Cuti ma'al hijrah hari tu gi jalan2 JB 1family.

Antara tempat yg kita orang singgah adalah JB Waterfront.

Tersergam besar tp tertinggal begitu saja. Kenapa? Adakah kerana ekonomi Johor tidak baik? Perasan tak, kalau jalan2 kat JB ni byk bangunan2 yg terbiar macam ni.

Kalau tengok gaya mcm nak buat expansion jer.

Anyhow, tempat ni jadi pot baik bagi kaki2 pancing...ye ker?


Wednesday, August 18, 2010

Happy 15th Anniversary

Salam.
Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15....sedar tak sedar. Cepatnya masa berlalu! So, hari ni aku ambik cuti walaupun tau tak leh nak jln mana2 sbb bulan puasa dan anak2 pun bersekolah....hehe....lagipun belum gaji lagi! Tapi malamnya, kita orang berbuka kat Kemangi. Nak gi jauh2, malas.

Dan lagi posing sebelum makan.

Second round.

Amar pun makan banyak bulan puasa ni...walaupun tak puasa...hehe.

Ya Alah ya Tuhan ku, Kau limpahi RahmatMu ke atas kami, semuga rumah tangga kami berkekalan ke akhir hayat kami. Kau Berkati dan Rahmatilah keluarga kami sebagaimana Engkau memberkati dan merahmati keluarga orang2 yg soleh dan solehah.....amin.


Saturday, July 10, 2010

LUMIX LX3

Salam.

Lepas sarapan tadi saja jalan2 kat tambak Pontian tu. Sambil2 tu snap gambar berkeping2...yg kat bawah ni yg nampak ok sikit. Gambar yg bawah sekali tu, sebelum kuar gi sarapan.

Semua gambar guna LUMIX LX3.

N-joi.

Dilarang Masuk
Belajar komposisi
Batu Hati atau Hati Batu?
Hari Yang Indah....tapi model tak ceria la pulak!

Pasu Bunga Terbalik dan Pagar Yg Luntur



Wednesday, June 30, 2010

Chiangmai







Salam.

Lama ya aku tak update blog ini. Nak kata sibuk...tak jugak. Apa yg pasti...sejak ada FB, aku lebih ke sana. Anyhow, update kali ni cite pasal aku gi Chiangmai.

Ok...10 sampai 13hb Jun ari tu...aku, wife aku and anak bungsu aku, Amar.. gi outing ke Chiangmai. Aku & wife aku company tanggung....Amar, aku tanggung, tp allocation utk aku & wife aku tu ada lebih, so utk Amar topup sikit ajer. Hasan & Nuqman tinggal kat kg...kunun nak jimat belanja, tp sampai sana rasa ralit pulak tinggal dia org berdua...huhu.

Apa yg pasti...outing ke Chiangmai tahun ni lebih enjoy dan seronok kalau dibandingkan dgn outing ke Bandung 2008 dulu. Kat Bandung dulu..tak selesa...ke sana ke mari asyik dibuntuti dek sang penjual tepi jalan...rimas btol!!! Dah pulak tu dari satu destinasi ke satu destinasi, jauh2...tu yg boring tu. Jauh bezanya dgn kat Chiangmai...kita nak window shopping ke, nak beli brg ke...dia tengok jer, sambil senyum2.

Aku perhatikan Chiangmai ni banyak bezanya dgn Bangkok...aku pernah stay 1 bulan kat Chantaburi, training kat Thai Oil tahun 1998 dulu...ni cerita dulu2 ni..hehe. Chiangmai ni aku tengok aman je, tenang, bersih, slow and steady...org Thai cakap sabai sabai..... Cakap pasal kebersihan...punya la bersih, aku nak buang sampah merata-rata pun tak sampai hati....simpan dlm poket dulu, jumpa tong sampah baru buang..hehe. Kalau kat M'sia...sorry la, no way Jose aku nak buat mcm tu....sampah dah memang bersepah-sepah, aku tambah sikit, bukan org perasan.

So...Kalau diberi pilihan utk outing Ke Chiangmai sekali lagipun aku tak kesah.

N-joi.

First pic aku snap sebaik keluar airport Chiangmai. Masa ni dlm pukul 0845hrs waktu Chiangmai...kat Malaysia dlm pukul 0945hrs

.
Teruja aku tengok awan2 tu..rendah2 betul.

Dari airport kita org terus dibawak ke sini. Kunun ceritanya, taman ini dibina tahun 2006 dulu sempena Raja Thai punya ulangtahun pemerintahan...tak ingat yg ke berapa...so dia jemput banyak negara utk merekacipta taman mengikut konsep sesuatu negara itu, termasuk la Malaysia.

Dataran sebelum masuk taman Raja Thai.

Kat hujung tu reflika istana Raja Thai.

Pintu masuk ke reflika istana Raja Thai. Nak masuk pastikan tanggalkan kasut dulu.

Kat dalam istana.

Posing sekali 3 beranak.

Taman Belgium kalau tak salah. Snap dari atas tram...boring...kalau berhenti kan best.

Taman Belanda.
Taman Malaysia tak sempat nak snap...tram laju sangat.

Makam malam first night kat sini...makanannya kurenggg...

Sambil makan kami dihiburkan dgn tarian tradisional.


Wajah salah seorang penari. Kalau ikut tourist guide kita org...penari2 ni semua masih bawah umur...belajar khas utk menari sahaja.

Tarian lain pulak.

Wajah penari2 lagi.


Tarian seterusnya.

Wajah Raja Thai di mana-mana. Rakyat memang sayang dan hormat raja mereka. Dengar khabarnya Raja Thai la ni tengah gering sesangat.





Friday, June 4, 2010

Jogging

Salam.

Hari tu...nak jadi cerita...saje aku timbang badan, nak check berat terkini kunun....hu mak ai!!!...terkejut beruk aku...92.8kg. Memang lama dah aku tak gi gym...sejak cuti sekolah tahun lepas...huhu. Biasanya berat aku main dalam 85 he 88kg jer. Tak boleh jadi nih!!!...nak kena start balik gi gym.

So...last Sunday...sebagai permulaan yg baru...aku ajak la anak2 gi pusing padang kat stadium Pontian tu...dapat la 2 kali pusing...jerrrrr...hehe...jalan kaki pulak tu!!!jadi la.

Selebihnya..kita orang berposing....

N-joi.


Amar and Ayah
Amar and Nuqman
Amar...baiknya duduk
Nuqman...tak peluh pun!!!


Malamnya....abang aku datang dari Klang tiga beranak...nak daftarkan second daughter dia masuk matrik kat Rambah tu. Sampai lepas Maghrib....hiway jammed, katanya. Apalagi, bawak le gi Kemangi utk makan malam....

Makan bersila macam ni mengingatkan aku masa kecik2 dulu...kalau kat rumah arwah atuk, macam ni la makannya....duduk bersila, makanan dihidang atas meja rendah.
 Enak menikmati hidangan. (Nota: ok gak anak aku Amar snap...)




Tuesday, May 25, 2010

Anjung Mas

Salam.

Ada kawan tunjuk aku homestay area Kuantan dalam Mudah.com. Saja jer masukkan jadi entri kali ni....malas sedang melanda nih....

So...sape2 yang plan cuti2 Malaysia sempena cuti sekolah akan datang ni, boleh la kot jalan2 ke Kuantan....banyak kawasan2 menarik di sekitarnya....aku pernah duduk Kuantan lima tahun, jadi tau la sikit2...cthnya Pantai Balok, Cherating, Tg Lumpur, Tlk Chmepedak dll....Chukai, Kemaman pun tak jauh. Rindu rasanya nak jln2 ke Kuantan.

Kalau perlukan tempat penginapan utk family yg besar...boleh la kot contact dia orang ni utk details.

Anjung Mas Homestay at Balok


Monthly rent: RM 250Bedrooms: 3
Type: Houses, For RentSize: 1800 sq.ft.
Furnished: Fully furnished

Rumah Banglow 1 tingkat, 3 bilik tidur(dilengkapi katil double dan almari)& 4 bilik air.
- Dilengkapi : Kipas syiling (akan upgrade Aircond..soon), dapur gas dan kelengkapan asas memasak, peti sejuk, mesin basuh automatik,sofa, meja makan, tv, sterika, pemanas air.

- Lokasi: Kg. Chengal Lempong,Kuantan.Lebih kurang 15 minit ke bandar Kuantan,Kawasan Industri Gebeng,dekat dengan pantai rekreasi Balok,pantai Batu Hitam, pantai Teluk Cempedak, Politeknik, UIA, IKIP, Kolej Shahputra.
- 40 km (30 minit) ke Bkt Gambang Water Park.
- Alamat : No 7/1214, Kg. Chengal Lempong, 26100,Balok ,Kuantan
(sila rujuk peta dilampiran).

HARGA SEWA:
- Rm250 untuk 1 malam. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami : 

Handphone: 019-9263699 (Sheikh Azlan) / 0139359898 (Nasrum)
email: azlansheikh@yahoo.com








N-joi.