Saturday, December 12, 2009

180895

Salam.

180895....satu tarikh keramat bagi aku dan isteri tersayang. Tarikh kami dinikahkan. Hari Jumaat. Selepas sholat Jumaat. Di masjid 'Nur Kasih'....ala masjid dlm cerita yg melalut 'Nur Kasih' tu...hehehe. Nasib baik la kesah cinta kita org tak mcm citer 'Nur Kasih' tu...kalau tak haru. (aku bukannya ikut sgt citer Nur Kasih ni...secara kebetulan kot, aku tengok episode pertama dgn yg terakhir jer). Phissh!!!...Kalau ko org nak tau...kita
org bercinta selepas kahwin tau...org tua yg carikan. Anak yg taat pd org tua la katakan...ciiwahh!!!!

Ni gambar sebelah malam selepas nikah. Malu2 kucing lagi...hehehe. Baju Melayu tu aku masih simpan lagi. Kadang2 pakai...walaupun dah ketat sikit...hehehe. Seluarnya entah ke mana menghilang...tak dapat dikesan.

Tiga gambar kat atas tu pada hari kami buat kenduri. Sebulan selepas nikah. Masa nikah tu dulu cuma buat majlis doa selamat saje. Yg ini, baju Melayu dgn seluarnya tak dapat dikesan...entah mane????...Kain baju ni beli kat kedai Den Wahab Wisma Yakin tau..

Nota: Entri ni sebenarnya nak bagitau yg aku baru beli printer 3 dlm satu....hehehe.

Dgn anak sulong, Muhammad Hasan semasa berusia 1 tahun lebih. Lahir kat Lumut.

Dgn anak kedua, Muhammad Nuqman semasa berusia 1 bulan. Lahir kat Kuantan.

Hasan & Nuqman. Kalau tak silap ni kat Sunway Pyramid.

Anak ketiga, Muhammad Amar (gambar byk sgt, tak tau nak pilih mana satu nak upload...anak bongsu la katakan). Lahir kat JB.




2 comments:

  1. Alhamdulillah la, moga terus bahagia sokmo sampai akhirat...

    ReplyDelete
  2. Kurus dan smart tu masa muda. sampai gambar anak satu tu baru aku kenal itu wak kimin. baju nikah dan kahwin aku pun dah bini aku seal dalam beg plastik. sayang kata dia. kalau buat pakai pun segan. banyak Labuci

    ReplyDelete