Friday, January 29, 2010

Al-fatihah

Salam.

Sori la lambat posting pasal kemangkatan al-marhum sultan ni.

Bendera separuh tiang menandakan perkabungan.

Sebenarnya masa al-marhum sultan mangkat aku on the way gi KL. Sampai umah kakak aku kat Kepong, baru tau. Nasib bek aku buka TV...dlm pukul 8 mlm lebih cam gitu, time berita...kalau kat umah sendiri, teramat jarang la aku tgk TV...asyik2 kartun2...anak2 aku conquer la tu. Kalau tak, maybe la, aku la antara org yg terakhir tau.

Aku kat KL dua hari. Lepas tu terus ke Perak. Semalam baru balik Johor. Kalau tak Ahad depan. Anak kecik aku demam la pulak...tak boleh kena tinggal lama2, demam rindu kot?

Yg tak syoknya ada dua perkara kontrovesi yg timbul dr peristiwa kemangkatan al-marhum sultan ni. Satu....pasal seorang blogger yg mengeluarkan kata2 (actually tulis) yg tak sepatutnya tentang kemangkatan al-marhum sultan. Walaupun kita tak suka seseorg semasa hidupnya, takkan la sekeji itu kita mengeluarkan kata2 terhadapnya setelah dia mati. (Nota: Walaupun tiada nama diungkapkan, kita tau kpd siapa ia ditujukan.) Apalah salahnya kita sedekahkan al-fatihah...kan itu lebih mulia.

Kedua....mlm tu ada gak aku dgr pengumuman pasal berkabung yg diumumkan oleh MB Johor, tp tak abis la...huhu...biasa la aku. Mlm esoknya bila call org rumah...mcm2 dia citer...ramai org kena saman bang, siap ada yg kena tampar....pasai apa...pasai tak berkabung la. Mahal pulak samannya tu...ada 300...ada 150. Woi...tak berkabung pun kena saman ke? Dulu masa agong mangkat tak de pun saman2 klu tak berkabung....sepontan jer aku cakap. (Nota: Masa al-marhum sultan Selangor mangkat semasa menjadi agong.) Aku cakap pada org rumah aku...ni mesti ada org yg tak bermaruah mengambil kesempatan. Dia org tak sedar ke tindakan dia org ni memburukkan lagi institusi kesultanan di mata rakyat. Kalau iya pun nak suruh rakyat berkabung, nasihat la elok-elok...kan itu lebih mulia. Aku pasti rakyat akan lebih menghormati. Tak perlu la nak saman2 ni...ni siap tampar2 org lagi. Tak terfikir ke satu masa nanti perbuatan kita tu akan dibalas kembali.

Anyhow, alhamdulillah lah sbb at last kedua2 kontrovesi tu macam dah settle jer. Semoga al-marhum sultan beroleh rahmat dan barokah serta ditempatkan bersama2 org yg soleh...al-fatihah.

No comments:

Post a Comment