Saturday, November 21, 2009

Anak-Anakku



Hari ni takde nak buat apa-apa. Nak kuar jln2 malas rasanya. Lepas sarapan 1keluarga tadi, aku kuar balik gi kedai tayar. Tayar dah hampir botak....nak kena tukar for safety. Esok dah nak gi Lumut....Isnin dan Selasa ada workshop kat sana. Lepas tu nak balik kampong terus...cuti raya haji...jauh perjalanan tu. Ingat mula-mula nak tukar dua jer...belum gaji la katakan. Tapi bila fikir2 balik....what the heck, for safety....tukar empat2. Tayar lama dia amik...dpt la kurang sikit harga tu.

Biasa la....aku kalau gi mana2 la ni D3000 aku tu memang tak pernah tinggal....biar la apa org nak kata. So...ingat sementara tunggu dia org tukar tayar tu nak snap gambar dia org buat keje...tapi, hampeh!!!!bila aku on je kamera tu kuar message...no SD card inserted. Cis!!! lupa pulak nak masukkan balik SD card dlm kamera lepas upload gambar ke laptop aku mlm tadi.

So....nak hilangkan frust tak dpt snap gambar kat kedai tayar tu...balik rumah, aku suruh anak2 aku beraksi. Kat bawah ni la hasilnya. Layannnzzz.....

Nota: Aku tgh belajar editing ni...entah hape2 hasilnya. Ada yg guna Picasa. Ada yg guna Lightroom. Apa-apahal pun....aku tgh nunggu peluang nak gi kursus ni.











Nota: Seronok jugak rasanya bila tengok anak-anak happy.



Sunday, November 15, 2009

Zoo Johor Bahru


Malam tadi dapat call dari Fotokem, Angsana. "Incik, incik punya fotobuk suda siap wo", kata suara sebelah sana. "Haik!!! kata dua minggu baru siap. Ini baru empat hari suda siap. Banyak bagus la ini macam. Esok saya datang ambik", balas ku.

Alamak!!! takkan nak gi Angsana semata-mata nak ambik mende tu. Rabu lepas baru jer pergi.

"Yang, esok pagi gi zoo Johor bawak anak-anak. On the way balik boleh singgah Angsana amik fotobuk tu", saranku pada orang rumah.


Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Baru ku tahu zoo Johor Bahru ni berdepan dgn Masjid Sultan Abu Bakar. Padahal aku pernah sekali sembahyang maghrib kat masjid ni. Tapi time tu dah gelap, and aku follow kawan jer. Lagipun, dia ikut jln lain....tu yg tak perasan tu.

So...aku pun singgah masjid ni. Bukan nak solat sunat ke apa, tp nak guna dia punya bilik termenung. Entah....tetiba jer tadi perut memulas. Mungkin penangan lempeng 2 keping dgn sambal belacan tumis bilis kat masjid Pekan Nenas masa sarapan tadi.

Menara utama masjid.


Dari kejauhan ternampak seorang pakcik sedang asyik melukis.


Nama pakcik ni Zakaria. Cantik-cantik lukisan dia. Dan beli 3 keping lukisan dia untuk 50 ringgit.

Depan kaunter zoo Johor. Orang tak ramai lagi. Berterabur anak-anak aku.


Masuk-masuk jer disambut dek burung undan ini yg mengepak megah.


Sejoli.
Burung apa? Aku tak tau.


Burung muka terkejuz?


Nuqman tak berapa sihat. On the way tadi asyik mengadu pening kepala. Nasib baik dah nak balik dia muntah.... dua kali....baru nampak bertenaga sikit. Malamnya baru tau dia nak kena chicken pock.



Masjid Sultan Abu Bakar dari zoo Johor Bahru.
Dua ekor burung tu zoo punya.

Lunch time. Ular sawa ni diberi makan burung. Kebetulan penjaganya ada di situ. Dia bukakan sangkar untuk aku snap gambar ini.




Flamengo.



Burung hijau kuning....burung apa ek?







Saturday, November 14, 2009

Amar Beli Beskal

Hari ni Amar beli beskal. Lama dah janji. Beskal lama dia hari tu kena langgar dek kawan org rumah yg datang bertandang. Amar dok parking belakang MPV dia. Mana nak nampak. Habis 'terpelengot' beskal dia.
Nota: Terpelengot tu bahasa jawa kot. Maknanya bengkok.


Posing kat kedai beskal. Beskal dia ni mahal sikit dari beskal abg Hasan dia hari tu...beskal recon dr Jepun.


Kat kedai beskal tu ada cash register lama. Memang antik ni. Tokey tu cakap dia beli dari kawan dia. Tak ingat berapa harga, tapi dia cakap, ada customer dia dari Singapura offer dia 5k. Sayang, dia cakap. Bukan senang mau dapat.


NCR....stands for NIPPON CASH REGISTER. Itu yg tokeh tu bagitau. Aku iyakan aje. Betul ke tidak, aku mana tau.
On the way balik, singgah kedai Haji Jaafar, beli barang dapur. Sempat gak snap beberapa keping gambar.

Snap aje. Jln Pt Semerah, depan kedai Haji Jaafar_01


Snap aje. Jln Pt Semerah, depan kedai Haji Jaafar_02

Amar dapat oscar.

Proteam tu....











Saturday, November 7, 2009

Selamat Hari Lahir



Rumah Segamat, Danga Bay.

Syukur alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, hari ini aku menyambut ulangtahun hari lahir ku yang ke 43....hehehe....tua dah aku ni rupanya....walaupun nampak muda....cewah!!!perasan...phooraahhh chhiittt!!!!!

Harapku kepada yang Maha Esa mudah-mudah Dia memberkati usiaku ini. Dan pada hari-hari yang mendatang pula, pohonku, mudah-mudahan aku sentiasa taat dan patuh pada suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Ya Allah ya Tuhanku, aku ini hanyalah insan yang lemah. Janganlah Kau bebani aku dengan bebanan yang tak sanggup aku menanggungnya. Aku tidak layak syurgaMu, namun aku tidak sanggup menanggung seksa kubur dan nerakaMu. Ampunilah daku. Engkaulah pengampun dosa-dosa besar. Rahmati dan belas kasihanlah kepadaku...sesungguhnya, itulah yang lebih aku harapkan dariMu. Mudah-mudahan aku tidak berputus asa mengharap rahmat dan belas kasihMu itu....amin ya Rabbal'alamin.

So, sempena besday aku hari ini, aku hadiahkan diriku sendiri dengan hadiah kat bawah ni. Lepas dapat hadiah ni terus aku anak beranak bergerak ke Danga Bay.

Kat bawah ni pulak gambar-gambar yang aku ambil guna len kat atas tu.

Amar

Nuqman.

Ummi Hasan

Hasan dan adik-adiknya.

Hai...tunggu sape tu?