Monday, September 7, 2009

Nostalgia



ILPP, Batu Rakit, Terengganu. Tempat aku memulakan karier aku. Selama enam bulan aku di tempatkan di institut ini. Dari 20hb November, 1989 hingga ke 20hb May, 1990. Dilatih khusus untuk industri minyak dan gas. Walaupun hanya enam bulan, namun banyak kenangan-kenangannya.

Kepada tenaga pengajar ketika itu....antaranya En Musa Sukarman, En Saidin, Hj Hashim dan lain-lain yang aku tak ingat namanya....terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Kepada warden...Pak Wan dan Pak Yasin....terima kasih juga kerana sabar menangani kerenah kita orang.

Main entrance....dulu. La ni dah lain. Depan pondok guard tu dulu ada public phone. Berebut-rebut jugak bebudak perantis dulu nak guna.

Main entrance la ni. Canggih. Ada dua lorong...masuk & keluar

Bus stop dah tinggal besi jer. Bas Tong Aik nak gi K. Trengganu. Lambat nak mampos.

Jalan lama nak masuk ke ILPP. Pokok semakin besar. Signboard ILPP dah tak ada.

Gerai Mak Wook. Tempat port kita orang. Elaun sebulan RM140 perabih kat sini. Hujung bulan, bukak buku 555.

La ni punya signboard. Dah tukar jadi INSTEP - Institut Teknologi Petronas.


Bila la agaknya aku ada peluang jalan-jalan ke sini balik. Gambar-gambar ni pun bukan aku ambik.....hehehe. Thank Sano for all the photos.

1 comment:

  1. hu hu hu...ILPP best forever.

    Ari tu masa pegi training kat instep (nama baru) ambo jumpa Hj Saidin, sempat la ambik gambar dgn dia......

    nak pos gambar tu dah terdelete la

    ReplyDelete