Wednesday, September 16, 2009

Bersama Merah Hitam



Dua gambar di atas adalah gambar isteri dan anak-anak ku bersama mak cik sepupu isteriku, aka Merah Hitam.....isteri tahanan zalim ISA, Mat Sah Mohammad Satray (yang ku panggil dengan panggilan Paman Sah). Diambil pada 11hb Julai, 2009 sempena kempen mansuh ISA di Pasir Gudang. Ketika itu, beliau yang merupakan aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI), sedang melakukan roadshow seluruh Semenanjung memberi taklimat menegaskan betapa zalim dan tidak adilnya ISA. Terharu dan sebak dada mendengarkan ceritanya dari mula hingga ke akhir. Terasa malu pada diri sendiri juga, kerana mungkin tidak sekuat dan setabah beliau mengharungi segala dugaanNYA ini.

Hari ini, 15hb September 2009,....terharu rasanya.... kerana dengar khabarnya Paman Sah telah dibebaskan. Alhamdulillah.....ucapan syukur ku ke hadrat Allah swt. Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengannya cuti raya ni untuk mendengar segala duka nestapanya selama hampir lapan tahun terpenjara tanpa bicara....walaupun ku tahu beliau bukannya seorang yang banyak mulut.
Bibik Laila, ya Paman Sah sudah dibebaskan, namun perjuang GMI wajib diteruskan selagi ISA tidak dimansuhkan dari bumi Malaysia yang tercinta ini. Kita tidak perlukan akta zalim ISA ini. Akta yang semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja. Memenjarakan orang tanpa bicara. Kalau ikut logik akal ku.....Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat, yang mempunyai para malaikat untuk mencatit dosa-dosa kita, masih membicarakan kita di akhirat kelak. Betapa Maha adilnya Allah.

2 comments:

  1. fuyyyoooo...jauh perjalanan tow...kluar masuk kampung bandar n bandaraya....

    1478 km = brapa liter RON97?

    ReplyDelete
  2. Bak pe guna RON97...mahal. Tapi RON95 kurang jimat la walau murah. Dulu masa guna RON97, kalau isi full tank kat Pontian, sampai kat kg aku ada lagi setakuk lagi. La ni guna RON95, jgn harap....takuk last tu kat tgh2.

    ReplyDelete