Tuesday, May 25, 2010

Anjung Mas

Salam.

Ada kawan tunjuk aku homestay area Kuantan dalam Mudah.com. Saja jer masukkan jadi entri kali ni....malas sedang melanda nih....

So...sape2 yang plan cuti2 Malaysia sempena cuti sekolah akan datang ni, boleh la kot jalan2 ke Kuantan....banyak kawasan2 menarik di sekitarnya....aku pernah duduk Kuantan lima tahun, jadi tau la sikit2...cthnya Pantai Balok, Cherating, Tg Lumpur, Tlk Chmepedak dll....Chukai, Kemaman pun tak jauh. Rindu rasanya nak jln2 ke Kuantan.

Kalau perlukan tempat penginapan utk family yg besar...boleh la kot contact dia orang ni utk details.

Anjung Mas Homestay at Balok


Monthly rent: RM 250Bedrooms: 3
Type: Houses, For RentSize: 1800 sq.ft.
Furnished: Fully furnished

Rumah Banglow 1 tingkat, 3 bilik tidur(dilengkapi katil double dan almari)& 4 bilik air.
- Dilengkapi : Kipas syiling (akan upgrade Aircond..soon), dapur gas dan kelengkapan asas memasak, peti sejuk, mesin basuh automatik,sofa, meja makan, tv, sterika, pemanas air.

- Lokasi: Kg. Chengal Lempong,Kuantan.Lebih kurang 15 minit ke bandar Kuantan,Kawasan Industri Gebeng,dekat dengan pantai rekreasi Balok,pantai Batu Hitam, pantai Teluk Cempedak, Politeknik, UIA, IKIP, Kolej Shahputra.
- 40 km (30 minit) ke Bkt Gambang Water Park.
- Alamat : No 7/1214, Kg. Chengal Lempong, 26100,Balok ,Kuantan
(sila rujuk peta dilampiran).

HARGA SEWA:
- Rm250 untuk 1 malam. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami : 

Handphone: 019-9263699 (Sheikh Azlan) / 0139359898 (Nasrum)
email: azlansheikh@yahoo.com








N-joi.

Tuesday, May 11, 2010

Puteri Harbour, kota Iskandar

Salam.

Jalan2 1family suatu hari Ahad ke Puteri Harbour di Kota Iskandar....dengar khabarnya lawa pemandangannya. On the way, cuaca sangat baik...langit biru, awan putih bertompok2. Tetapi siapa menjangka....ku sangka cerah sampai ke petang, rupa2nya...kita orang sampai, mendung la pulak. Anyhow, walaupun mendung....pemandangannya tidak menghampakan....bakal jadi macam Putrajaya jugak nih.

N-joi.



p/s: Gambar2 ni cuma dekat2 area Club House aje....area2 lain luas lagi....tak dan sbb hujan.

Saturday, May 8, 2010

Kemangi

Salam.

Tengah hari tadi memenuhi jemputan kawan sempena pembukaan restoran orang rumah dia... Restoran Kemangi namanya. Nama Kemangi ni....bagi aku yg Jawa ni....memang mcm familiar jer bunyinya walaupun sebenarnya aku tak tau....hehe. Kalau ikut org rumah aku....org Jawa panggil pucuk Lemungi....betul ke tidak, entahlah.


Simple tapi menarik.
Antara kad ucapan tahniah yg diterima.
Antara hidangan sempena pembukaan...simple, tp lazattttt....(ni bukan bodek ni...betul punya)
Doa aku sebagai kawan....semoga berjaya bersama keberkatan.
Amar tumpang sekaki....ada harapan jadi tauke restoran ni...huhu...insya Allah.
Antara jemputan yg hadir menjamu selera.
Antara kawan yg hadir....Nik & Fifi 1family.
Menikmati angin segar Pontian selepas makan.

P/S: So...kepada kawan2 pembaca blog aku yg tak seberapa ini....kalau jalan2 Pontian, boleh la menjamu selera kat restoran ini. Senang jer nak cari sebab kat jalan utama....Jalan Bakek....dekat2 dgn Billion, Pontian.

N-joi!!!





Wednesday, April 28, 2010

Pemandangan

Salam.

Lama tak update blog aku ni. Last week ada training kat PJ...patut aku ambik peluang shoot apa-apa yg menarik...ada, tapi tak banyak, dah tu hampeh semua...hehe.

Gambar2 yg aku upload ni gambar2 yg memang ada dlm koleksi aku....tempat keje aku dan area dekat rumah aku.

N-joi.

Hujung jalan.
Tumbuh semula.
Overlay
Tanam semula
Mendung datang
Japanese garden I
Japanese garden II
Japanese garden III
Japanese garden IV



Thursday, April 15, 2010

Dataran Pahlawan, Melaka

Salam.

Sabtu, 10 haribulan hari tu gi jalan2 ke Melaka....Dataran Pahlawan....nak jumpa gu lama masa kat Kertih dulu....gu kira rapat la jugak. Dia dan saing2 ada main tembak-tembak....paintball....syok siot tengok diaorang main tembak-tembak....anak2 aku pun teruja. Kalau ikut main sekali lagi syok kot....huhu. Teringat masa kecik-kecik dulu main tembak-tembak.....semua buat sendiri.

Diaorang main tembak-tembak, ramai-ramai....akupun main tembak-tembak gak, tapi sorang-sorang.

N-joi.



Tahniah pada gu aku...Ijam....team dia Mat Malaya dpt 1st runner up, division 3. Tahun depan naik division 2 kot? Sebelah tu ....hero no 1 aku.
Ni pun gu aku kat Kertih dulu....Matt & Rosli
Sebelah kanan ni kalau tak silap juara division 1....dari Johor.


Penonton tak berapa ramai. Cuaca redup tapi panas.

Belakang tu Kota A'Farmosa....awek dua orang tu tumpang lalu jer
Wei tukar wei...dah 2010 ni. Siap kena tembak lagi.



Boring tunggu Amar naik motor



Friday, April 9, 2010

Sungai Ayer Masin, Pontian

Salam.

On the way pergi dan balik kerja, selalu gak aku terjengok2 tengok view kat sini....dok ternanti2 moment yg sesuai nak snap sekeping dua. At last, petang semalam baru ler dapat moment yg sesuai. Bukan setakat sekeping dua....bila check2 balik...dekat dua puloh keping...huhu...banyaknyer...

N-joi.






p/s: Boring2 gi la sini http://jomedar.com/?id=tukiminj boleh tengok perfume....mana la tau ada yg berkenan.


Tuesday, April 6, 2010

Pantai Minyak Beku, batu pahat

Salam.

Hari tu....hari Jumaat kalau tak silap....on the way balik dari KL....terpaksa masuk jalan dalam sbb nak sholat Jumaat. Exit kat Jasin....sholat kat masjid kampong "apa ke nama, aku tak hingat"....so, lepas sholat, terus jer ikut jalan dalam ke Pontian. Antara tempat yang aku singgah adalah....Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.

N-joi.