Sunday, February 28, 2010

Gunung Pulai

Salam.

Pagi tadi tiba2 jer terlintas nak sarapan kat McD. Apalagi...seronok banget la anak2 aku. Sekali-sekali apa salahnya, ye tak? Takkan hari2 nak roti canai jer...tukar la pulak ke pancake...huhu. Nak makan pancake punya pasal la, Amar tertumpah madu kat pakaian dia. Anyway, happy tengok dia makan...dua keping habis dia sorang...biasanya cukup susah nak makan.

So...disebabkan pakaian Amar dah melekit-lekit dek madu tadi, aku jadikan asalan jln2 gi cari baju dia la pulak...plan asal, lepas sarapan terus balik jer. Bincang2 dgn home minister, apa mcm kita pergi IOI Mall Kulai, lama dah tak pergi...first time pergi dulu tak ingat, 2005 tau 2006...lama sgt dah. Then, balik boleh lalu Gunung Pulai, and singgah air terjunnya...lama tak mandi air terjun weh. (Nota: My home minister said, dah kuar surat khabar Tmn Rekreasi Gunung Pulai pintu dah bukak kpd org awam). Sampai IOI Mall dlm pukul 10 pagi...kedai tak bukak lagi...huhu...awal sgt kot?

Lepas beli pakaian Amar, terus jer keluar...terlupa pulak nak belikan abg-abgnya seluar utk mandi nanti. Sampai Gunung Pulai...belasah jer la mandi pakai jeans...walaupun awal2 aku dah bagi tau takleh mandi. Asyik merengek dgn umminya...last2 umminya kasi permission jugak, aku pulak dok sibuk snap gambar...huhu.

N-joi.







p/s: Kalau ko org nak gi Gunung Pulai la ni...lupakan je la, tak berbaloi...bukan sbb air cetek, tp tempat kotor, tak berjaga...sampah bersepah-sepah. Kalau tgk gambar last tu, ada asap kat belakang tu, ada org tgh berBBQ kot...and ada tape kuning...dah termasuk kawasan larangan tu, denda tak kurang 10k...tapi biasak la, mentaliti rakyat 1Malaysia, pagar dawai yg Jabatan Perhutanan pasang selamba jer dia potong. Parking pulak seringgit...tak pasti pulak dpt lesen ke tak dari pihak berkuasa.



Friday, February 26, 2010

Maulud 2010

Salam.

Selamat menyambut Maulidur Rasul, semuga dipermudahkan kita untuk sentiasa berselawat ke atas baginda s.a.w.

Ya...hari ni, pagi2 lagi aku anak beranak dah ada kat stadium Pontian...anak2 aku ambil bahagian perarakan maulud nabi. Tak jauh pun perarakannya...dari stadium ke masjid aje. Ramai bebudak sekolah jer.

N-joi.
















Tuesday, February 23, 2010

Tg Adang

Salam.

Sabtu lepas jalan2 dgn family. Saje jer spend masa dgn anak2. Singgah Tg Adang...ada restoren yg pernah kita org kunjungi masa aku kerja shift dulu, tahun 2007. Order ringan2 jer. Sambil2 tu snap gambar...antaranya tempat kerja aku, tp terlindung dek crane besar PTP la pulak.





N-joi.


Sunday, February 21, 2010

CNY 2010

Salam.

Seminggu sebelum Tahun Baru Cina hari tu, aku ronda2 kat JB...saje jer photo hunting la konon. Tgh dok pusing2 tu ternampak la pulak metrojaya...tak pernah pergi lagi sepanjang 5 tahun lebih aku kat Johor ni. Tempat tak convenient, nak masuk susah. So, berpusing2 la aku cari main entrance dia. Tapi bila dah masuk building, ok jugak rasanya...walaupun banyak ruang niaga yg kosong...mungkin bisnes tak masyuk, tu yg dia org tutup. Aku rasa ok sbb org tak ramai. Aku ni kalau org ramai sangat, rimas la...nak bergerak payah.


Tak beli apa2 pun. Lain kali kot.


Tengah dok ralit window shopping tetiba dengar paluan gendang. Biasa la...aku la ni gi manapun kamera tetap bersama. Kebetulan aku kat tingkat atas, so snap la dari atas dulu.



Ada awek sorang tu...


Ni ketua kumpulan...ganazzz wa cakap lu.

Aksi penamat.





Saturday, February 20, 2010

Selepas Maghrib

Salam.

Hari Khamis lepas balik kerja lewat sikit sbb ada unit trip...saja2 nak ambik tau...just to keep me updated. Boleh jadikan cerita tambahan kalau2 ada kelas nanti.

So...on the way balik singgah masjid pontian untuk sholat maghrib. Lepas sholat tu, snap la beberapa keping gambar...tenang jer rasanya malam tu...sbb malam jumaat kot?





Monday, February 15, 2010

Melaka

Salam.

Cuti Krismas tahun lepas, aku dan adik-beradik aku plan buat family gathering kat A Farmosa, Melaka. Lapan dari sepuloh adik beradik ambil bahagian. Memang ramai dgn keluarga memasing. Main organizernya kakak aku, Kak Nie. Dua bulan sebelum date gathering dah buat arrangement. Banglo kat A Farmosa dah booked...maklumlah, ramai. Malam sebelum date tu, Kak Nie dah sms alamat banglo tu. Check in pukul 11 pagi. Aku dan famili aku bertolak dlm pukul 10 pagi....2 jam sampai la kot, tu jangkaan aku...lepas anak2 aku mengaji.

Sampai area sebelum Ayer Keroh dpt sms dr Kak Nie...ada masalah banglo, booking overlap... pulak dah. Macam mana boleh jadi cam tu? Owner mandai2 cari tenant sendiri tanpa bincang dulu dgn ajen...kakak aku book melalui ajen. Dia offer ganti dgn apartment, tp check in 4 ptg...mak oi, mak dan abah aku dlm pukul 9 pg dah sampai...dia org dtg dgn adik aku dr kampung...takkan nak tunggu lagi, kesian la kat org tua aku, penat woi.

So...kita org decide cari penginapan lain. Kebetulan adik ipar aku ada contact...dpt la homestay rumah teres kat Bukit Katil...170 satu mlm...ok apa.

To make thing worse...owner banglo td tak nak pulangkan deposit kita org...300 henggit...byk tu. Dia ckp kita org langgar term & condition...haha...apa lu cakap mamat. Mcm ni la kalau melayu niaga. Apalagi...sumpah seranah la owner tu dpt...free jer. Nasib baik la ajen professional...dia ambil tanggungjawab, dia akan pulangkan deposit tu dan akan blacklistkan owner tu. Lega rasa gak akhirnya.

So...hati2 la kalau nak menyewa banglo or apartment kat A Farmosa tu...A Farmosa ok, cuma owner tu jer kot.

N-joi.






















Membaca

Salam.

Membaca...salah satu cara kita mendapat ilmu. Namun...kalau nak mantap lagi ilmu yg kita dpt dari membaca tu, kenalah berguru.

Macam aku ni...sejak gila kamera ni, bermacam2 majalah kamera aku beli...website dan forum pasal fotografi, tak yah cerita...sampai berpino mata menghadap komputer...namun, ilmu yg aku dapat masih blur. Tapi...lepas gi kursus asas fotografi digital hari tu, baru la terang sikit ilmu yg aku dpt dari membaca tu tadi.

So...nak menuntut ilmu, kenalah berguru. Itu pasal kita kena gi sekolah...bas sekolah jer gi sekolah tp tak belajar...huhu.

Menunggu dan membaca...tak ramai jadikan ia satu habit.