Friday, January 29, 2010

Al-fatihah

Salam.

Sori la lambat posting pasal kemangkatan al-marhum sultan ni.

Bendera separuh tiang menandakan perkabungan.

Sebenarnya masa al-marhum sultan mangkat aku on the way gi KL. Sampai umah kakak aku kat Kepong, baru tau. Nasib bek aku buka TV...dlm pukul 8 mlm lebih cam gitu, time berita...kalau kat umah sendiri, teramat jarang la aku tgk TV...asyik2 kartun2...anak2 aku conquer la tu. Kalau tak, maybe la, aku la antara org yg terakhir tau.

Aku kat KL dua hari. Lepas tu terus ke Perak. Semalam baru balik Johor. Kalau tak Ahad depan. Anak kecik aku demam la pulak...tak boleh kena tinggal lama2, demam rindu kot?

Yg tak syoknya ada dua perkara kontrovesi yg timbul dr peristiwa kemangkatan al-marhum sultan ni. Satu....pasal seorang blogger yg mengeluarkan kata2 (actually tulis) yg tak sepatutnya tentang kemangkatan al-marhum sultan. Walaupun kita tak suka seseorg semasa hidupnya, takkan la sekeji itu kita mengeluarkan kata2 terhadapnya setelah dia mati. (Nota: Walaupun tiada nama diungkapkan, kita tau kpd siapa ia ditujukan.) Apalah salahnya kita sedekahkan al-fatihah...kan itu lebih mulia.

Kedua....mlm tu ada gak aku dgr pengumuman pasal berkabung yg diumumkan oleh MB Johor, tp tak abis la...huhu...biasa la aku. Mlm esoknya bila call org rumah...mcm2 dia citer...ramai org kena saman bang, siap ada yg kena tampar....pasai apa...pasai tak berkabung la. Mahal pulak samannya tu...ada 300...ada 150. Woi...tak berkabung pun kena saman ke? Dulu masa agong mangkat tak de pun saman2 klu tak berkabung....sepontan jer aku cakap. (Nota: Masa al-marhum sultan Selangor mangkat semasa menjadi agong.) Aku cakap pada org rumah aku...ni mesti ada org yg tak bermaruah mengambil kesempatan. Dia org tak sedar ke tindakan dia org ni memburukkan lagi institusi kesultanan di mata rakyat. Kalau iya pun nak suruh rakyat berkabung, nasihat la elok-elok...kan itu lebih mulia. Aku pasti rakyat akan lebih menghormati. Tak perlu la nak saman2 ni...ni siap tampar2 org lagi. Tak terfikir ke satu masa nanti perbuatan kita tu akan dibalas kembali.

Anyhow, alhamdulillah lah sbb at last kedua2 kontrovesi tu macam dah settle jer. Semoga al-marhum sultan beroleh rahmat dan barokah serta ditempatkan bersama2 org yg soleh...al-fatihah.

Tuesday, January 19, 2010

Lost World of Tambun

Salam.

Hari tu...tahun lepas.... sebelum balik bercuti raya haji, kita org anak beranak gi Lost World of Tambun. Plan asalnya nak gi Cameron Highland...tp time tu time hujan...cancel, tak jadi. Lain kali kot.

Kita org sampai kira awal la jugak, sbb parking byk kosong lagi. Dah tu masa beratur nak beli tiket pun depan kita org ada satu family jer. Siap abang tu hulur diskaun voucher lg...jimat skit duit aku. Terima kasih bang.

So...ko orang yg tak pernah sampai tu...enjoy la gambar-gambar yg aku ambik ni.

(Nota: Seperti biasa, aku edit ikut suka hati aku la...hehehe.)

Anak-anak aku tak sabar nak masuk.

Mana boleh terus masuk. Kena posing dulu.

Amar teruja.

Pintu gerbang sebelah dalam.

Area untuk budak-budak kecik...kot la.

Orang tak ramai lagi nih.

Binatang apa ni weh? Siap pelok pasu bunga lagi.

Stonehenge...?

Bontot singa.

Sailing.

Kesejukkan setelah berjam-jam mandi.

Cetek jer. Amar nak berenang pun tak boleh.

Kawan baru Amar.

Lepas kesejukkan, naik kuda la pulak.

Main pasir. Konon nak wat istana pasir, tp tak jadi-jadi.

Amar mana wei?

Ooo...itu rupanya. Kejar dia!!!

Haa...dapat pun. Naik-naik...nak pergi mana lagi?

Kelaparan...huhuhu. Biasa la bila sejuk-sejuk perut memang mudah lapar.

Bye. Semoga berjumpa lagi.

Personally, walaupun aku tak mandi, aku suka Lost World of Tambun ni....tak besar sangat dan tak kecil sangat...sedang-sedang aje. Nak perhati anakpun mudah. Tiket masukpun tak mahal lagi. Next time, insya Allah, aku nak datang sini lagi...kali ni aku nak mandi pulak.




Tuesday, January 12, 2010

Wonderpets

Salam.

Kami tak kuat...dan kami tak besar....(lirik lagu Wonderpets)
Hehehe....sorry la aku tak hingat lirik seterusnya. Nak kena tanya Amar nih.
Apa yang penting....bekerjasama...(betol ker?)

Scaffolders kat tempat kerja aku.

Untuk erect scaffolding nih perlukan kerjasama dan persefahaman sesama pekerja. Kalau tak ...aku rasa la...tak naik naik scaffolding tuh...hahaha. Aku suka tengok dia orang buat kerja. Pekerja yg bawah hulur batang ke atas, org atas ambik...lepas tu hulur ke atas lagi...dan lagi...dan lagi....kalau scaffolding tu tinggi la. Kalau dah tinggi sangat tu...aku yg tengok dr bawah pulak yg gayat...kalau la jatuh, tak dapat aku nak bayangkan...nak tolong apatah lagi....hehehe...ke situ pulak perginya.


Thursday, January 7, 2010

Be Amazed

Salam.


Gambar kandid kat atas ni aku ambik masa Malakoff Interstate Fellowship Ride 31/12/09 - 01/01/10.