Sunday, December 27, 2009

Hedzuan

Salam.

26hb Disember, 2009 hari Sabtu. Kenduri kahwin Hedzuan kat rumah orang tua dia kat Senawang, N9.

Aku sekeluarga kuar rumah...flat actually...kakak aku pukul 10 pg. Singgah dlm setengah jam utk isi perut kat restoren mamak bawah flat tuh...very very the late breakfast...hahaha.

Plan nak singgah Nilai kejap...nak shopping sikit. Lagipun pengantin sampai dlm 1230 tgh hari. Kalau dtg terawal, boring pulak nak menunggu. Malangnya sampai Nilai dah dekat pukul 12 tgh hari...kenderaan byk kat hiway punya pasal.

1240 kuar dr Nilai...ingatkan jln clear. Humak ai...tak sampai 1 kilometer, jln dah jam dah...sampai ke tol Senawang pulak tu...punya la panjang. Kuar tol...jam lagi. Last2 sampai rumah Hedzuan pukul 2 ptg lebih...sib baik anak2 aku ok jer.

Anyhow dlm kesuntukan masa...dan jugak aku snap gambar Hedzuan dan isteri beberapa keping.

Nota: Gambar2 ni aku edit sesedap rasa-aku-sendiri...hehehe.

Erat ku genggam agar tidak terlepas.

Senyuman bahagia.

Ada harapan dapat anak awal ni. Tanda2 ayah yg penyayang.

Macam Hang Tuah la pulak.!!!..hehehe.

At last...kawin jugak aku...hehehe.

Apa agaknya yg pakcik ni usikan? Sampai kedua-dua pengantin senyum malu2.



Monday, December 21, 2009

Cuti

Salam.

Minggu ni aku cuti. Nak habiskan cuti yg berlambak lagi tu...kononnya la. Tapi, tahun ni punya cuti, satu haripun tak sentuh lagi....huhuhu. Cuti yg nak dihabiskan ni, cuti brought forward tahun yg sudah2 dan jugak off-in-liue. Kalau tak dihabiskan, burn cam gitu aje...mcm tahun lepas, rugi OIL aku sepuloh hari....diulangi, sepuloh hari engko!!!! Kalau tukar jadi duit mau dapat riban2....bole gak aku beli accessori kamera...hehehe.

Ingat masa plan nak cuti dulu... hari ni nak gi KWSP...nak update penama...and on the way balik nak singgah Astro...remote ctrl malfunction. Tp nak jadi citer...BM aku roadtax dah mati 2hb Disember hari tu...sedar hari sabtu ari tu...mak oi lamanya. (Nota: Bulan lima hari tu pun cam gitu jugak...siap bawak gi Lumut lagik. Sib baik ler masa balik tu takde pak pulisi tahan...bawak laju pulak tu...hehehe...kalu tak, masak.)

So...lepas gi JPJ, ajak org umah gi jln2 kat jln pantai tu. Ada karnival megasale aper-kejadah-aku-tak-tau. Tgh jln2 tu nampak le banner kat bawah ni. Singgah kejap. Dapat briefing sikit pasal product. Test sikit. Rasa mcm ok jer. Aku beli satu. Mana la tau, rambut aku jadi lebat and hitam balik...hehehe. Ko org tungguuu!!!!







Sunday, December 20, 2009

Ahad

Salam.

Hari ni Ahad, 20hb Disember, 2009. Sebelas hari lagi, tahun baru masihi 2010. Awal tahun hijrah, baru jer berlalu...Jumaat lepas. So, kepada semua....saya ucapkan selamat tahun baru. Semuga ditahun baru ini, kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Hari ni tak gi mana2 rasanya. Semalam... dah gi jln2 ke JB anak beranak....Giant Plentong. Jumaat... dah gi Batu Pahat....service Focus kat Ang Trading. (Nota: On the way balik Pontian, tepon Yusof Jota-Jota tanya direction nak gi restoren nasi Beriani Power....mmg power, aku order Beriani kambing. Harga mahal dr biasa, tp mmg power....tak nyesal aku dok berpusing2 carik. Siap bungkus 2 lagi).

Sementara menanti anak2 aku bersiap nak gi mengaji, dan jugak aku snap beberapa keping foto.

Njoy!!!

Sisa2 embun menanti mentari naik segalah.

Air dan hijau...tenang dan menyegarkan pemandangan ku.

The new day begins....come what may.

Sejoli di dahan yg tinggi.

Sejoli di dahan yg tinggi 2...let us be alone.

Ha..ha..ha..dah tak sejoli dah.

Lepas hantar anak2 gi mengaji terus gi sarapan...ingat nak sarapan kat Mak Minah Sayang...tutup rupanyer. Terus gi depan sikit...ada restoren baru depan stesen bas baru.

Stesen bas baru Pontian. (Entah bila nak bukak.)

First time makan kat restoren ni. Nicely decorated. Aku ode nasi goreng cendawan, wifey ode kuew tiaw hailam dan Amar ode roti telor....semuanya ok, puas hati.


Saturday, December 12, 2009

180895

Salam.

180895....satu tarikh keramat bagi aku dan isteri tersayang. Tarikh kami dinikahkan. Hari Jumaat. Selepas sholat Jumaat. Di masjid 'Nur Kasih'....ala masjid dlm cerita yg melalut 'Nur Kasih' tu...hehehe. Nasib baik la kesah cinta kita org tak mcm citer 'Nur Kasih' tu...kalau tak haru. (aku bukannya ikut sgt citer Nur Kasih ni...secara kebetulan kot, aku tengok episode pertama dgn yg terakhir jer). Phissh!!!...Kalau ko org nak tau...kita
org bercinta selepas kahwin tau...org tua yg carikan. Anak yg taat pd org tua la katakan...ciiwahh!!!!

Ni gambar sebelah malam selepas nikah. Malu2 kucing lagi...hehehe. Baju Melayu tu aku masih simpan lagi. Kadang2 pakai...walaupun dah ketat sikit...hehehe. Seluarnya entah ke mana menghilang...tak dapat dikesan.

Tiga gambar kat atas tu pada hari kami buat kenduri. Sebulan selepas nikah. Masa nikah tu dulu cuma buat majlis doa selamat saje. Yg ini, baju Melayu dgn seluarnya tak dapat dikesan...entah mane????...Kain baju ni beli kat kedai Den Wahab Wisma Yakin tau..

Nota: Entri ni sebenarnya nak bagitau yg aku baru beli printer 3 dlm satu....hehehe.

Dgn anak sulong, Muhammad Hasan semasa berusia 1 tahun lebih. Lahir kat Lumut.

Dgn anak kedua, Muhammad Nuqman semasa berusia 1 bulan. Lahir kat Kuantan.

Hasan & Nuqman. Kalau tak silap ni kat Sunway Pyramid.

Anak ketiga, Muhammad Amar (gambar byk sgt, tak tau nak pilih mana satu nak upload...anak bongsu la katakan). Lahir kat JB.




Thursday, December 3, 2009

TPM Datang

Salam.

1hb Disember,2009 bersamaan dgn hari Selasa, dgn rasminya Tanjung Bin Power Plant telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Muhyidin Mohd Yassin. Iaitu setelah Unit10 beroperasi selama lebih kurang 3 tahun.

Tiada apa yg nak aku tuliskan pasal maslis perasmian ini...so, juz layanzz the pics.

Time ni heli yg bawak TPM about to land. Semangat budak kecik ni menyambut TPM. Tak henti2 melambai.

Dari kiri: Pengerusi Malakoff, TPM dan MB Johor. Berehat sekejap sebelum ke pentas utama.

Menunggu TPM melalui permaidani merah.

Berdiri tegak menyanyikan Negaraku.

Para hadirin mendengar ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

Gadis2 penyeri majlis.

Pengerusi Malakoff sedang berucap.

TPM pula berucap.

Antara orang media yg membuat coverage.

Mat salleh pun ada.

TPM berucap.

Gimik perasmian.

Kereta rasmi TPM utk mengangkut beliau ke destinasi seterusnya....dengarnya Pusat Rekreasi Rambah.

Suasana cerah sepanjang majlis.



Acara selingan. Persembahan Ghazal untuk Rabiah...ha...ha...ha...bukan apa, org ramai tak ambik port dah. Semua tgh sibuk makan tengah hari.