Saturday, October 31, 2009

Jemputan 2


Jemputan kahwin Shafid Rahmat.
Datang lambat. Tadi, lepas balik jemputan Fadzir...rasa rajin sikit, cat dinding master bedroom. Dekat nak zohor baru siap...satu dinding je tu, bukannya besar pun.
Sampai, pengantin dah nak makan berhadap.

Jalan nak masuk.

Pengantin tgh menjamu selera di meja utama bersama jemputan istimewa.

Nampak ceria si pengantin lelaki....ye la, dah dapat 'transformer' istimewa...hehehe. Jgn mare Shafid...gurau.

Serious moment.

Apa yg dipandang tu?

Kepada Shafid dan isteri...selamat pengantin baru. Semoga sentiasa beroleh keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Antara kawan-kawan yg hadir.

Bos Shafid pun datang jugak.

P/s: Hedzuan, kalau engko nak tau sape 'pedajal' engko tu....ko kena belanja aku Nando's...hehehe.



Jemputan 1



Pagi tadi tengah dok bersiap-siap nak keluar sarapan, Fadzir talipon. Dia jemput sarapan rumah dia. Alhamdulillah, rezeki.

Tuan rumah yg baik hati....hehehe....bodek la ni. Mana tau lain kali dia jemput lagi...hiks...hiks.

Antara jemputan yg hadir - kaum ibu dan anak-anak.

Tetamu sedang mengambil juadah.

Kaum bapa. Eh...ada sorang tu bujang lagi...tapi, tak lama lagi tu.

Tuan rumah dgn tetamu.

"Terima kasih bang. Lain kali buat lagi"....agaknya itu yg Dino cakapkan kpd tuan rumah...hehehe.

Kepada tuan rumah, sekali lagi....terima kasih, semoga murah rezeki.



Friday, October 30, 2009

Tugasan Di HQ



Ada tugasan di HQ. Introduction to power generation utk engineer baru. Mostly fresh graduates.

HQ aku kat bangunan Plaza Sentral.

Bos tengah ajar thermodynamic. Saja tumpang dengar. Bukan senang nak faham thermo ni.

YB (bukan Yang Berhormat tau) sedang memperturunkan ilmu dan pengalaman kpd para jurutera muda.

Penglipur Lara...macam2 teka-teki dia ada.

Antara jurutera muda yg mengambil bahagian.

Makan time.

Gym impian. Agak-agak mengantuk, aku kuar main machine ni.



Sebelum Dan Selepas


Ada duit lebih sikit. Cat rumah la pulak...hehehe. Dah empat tahun lebih. Penuh dgn hasil seni anak-anak. Lebih-lebih si Amar punya. Habih lebih 2k jugak. Upah mahal nak mampos...huh. Nak cat sendiri...entah bila nak siap. Kalau siap pun, quality tentu out...tangan keras.

So...hasilnya.

Ruang tengok TV bawah _ sebelum.

Ruang tengok TV bawah _ selepas.

Ruang tamu _ sebelum.

Ruang tamu _ selepas. (lampu satu je nyala...hehehe...satu tu terbakar, tak dan tukar lagi)

Ruang makan _ sebelum.

Ruang makan _ selepas.



Sunday, October 25, 2009

Panggilan

Tadi.

Tengah dok memerah otak mengarang entri pasal burung tu, henpon ku berbunyi. Tertera nama...Hamidan Abu Bakar. Dlm hati tertanya-tanya, apahal mamat ni tiba2 tepon. Tapi, senyum lebar aku. Ye la, sape tak hepi kawan lama tepon...boleh le bertanya khabar berita masing2, ye tak. Nak harap aku...hehehe...

Midan ni...masa kita org muda2 dulu...adalah teman aku berkonvoi masa balik kampong. Tp dia sampai takat Selayang je, sbb kampong dia kat situ...then aku teruskan la sorang2 ke Sg Besar.

Balik kpd tepon tadi. Lepas bertanya khabar berita...itu ini semua, akupun tanya dia.

"Apahal sebenarnya engko tepon ni?".

"Aku nak minta maaf dari engko", dia cakap. Aku dah dpt agak dah.

"Engko nak gi haji ke? Bila?" tanya ku balik. "Insya Allah, lusa".

"Alhamdulillah, akupun mintak maaf dari engko jugak. Mudah-mudahan engko dpt haji yg mabrur."

Aku ni...bila la pulak? Abang Omar dan kakak iparku dah berangkat 21hb lepas. Tak dpt hantar sbb hari kerja. Niat hati nak sambut time dia balik 5 Disember nanti....insya Allah.

So, kawan-kawan ILPP, Batu Rakit batch 3 yg baca blog aku ni...ada ke?....Midan pesan kat aku suruh hebahkan....dia memohon ampun dan maaf dari kalian semua.




Hanya DIA Yang Mampu



Jumaat. Cuti umum Deepavalli.

"Ayah! ayah! ada burung mati dalam longkang", teriak Amar padaku. Ketika itu aku baru sahaja sampai dari Bt Pahat, servis kereta. Diapun berlari-lari anak sambil tangannya melambai-lambai aku mengajak ke arah longkang di tepi rumahku.

Ya. Memang ada seekor burung tergolek 'dog' (hahaha....burung tergolek dog, wa cakap lu) dalam longkang tu. Aku amat-amati burung tu. La hidup lagi rupanya! Sbb matanya masih terbuka dan bercahaya.

Akupun angkat burung tu. Ada kesan darah di lehernya, juga dihurung semut. Sebahagian bulunya basah.

Aku ambil vacuum cleaner. Letak on blower mode, dan pelan-pelan blow burung tu utk keringkan bulunya. Sambil-sambil tu buang semut yg ada. Mula-mula meronta-ronta jugak dia cuba lepaskan diri. Tp lama-lama dia mendiamkan diri. Mungkin dia tahu aku berniat utk menolongnya.

Aku check lehernya yg berdarah, tp tiada kesan luka ketara....cewah, mcm CSI la pulak.

Aku cuba kasi makan nasi. Tp dia keluarkan balik. Ait! tak makan nasi rupanya.

Memandangkan waktu Jumaat masa tu pun dah hampir, akupun tinggalkan burung tu dlm sangkar kucing yg kebetulan aku beli dulu.

Balik Jumaat, terus je aku gi ngadap burung tu balik. Sambil-sambil tu blow dia lagi....bulunya belum kering lagi. Diapun aku tengok bertambah sihat, matanya bertambah bercahaya, tp tu lah...tak boleh berdiri. Tak tau sbb apa. Check2...takde pulak luka lain.

Berharap sesgt dia terus hidup, sihat dan dpt berdiri semula.

Lepas tak tau nak buat apa lagi, aku tinggal dia dlm sangkar tu balik. Sejam dua lagi tengok balik, mcm mana keadaannya.

Memandangkan hari tu cuti dan takde apa-apa nak buat, aku pun bertenet la. Sedar-sedar Amar & Nuqman jerit dari dapur, "ayah! ayah! burung dah mati! semut gigit!". Memang sungguh, mati betul kali ni. Mata tertutup. Badan, kaki...semua keras.

Frust.

Tapi tu lah....hanya DIA yang mampu.


Saturday, October 17, 2009

Another Raya Open House

Hari ni ada dua jemputan open house yg aku & family pergi. Satu kat rumah sewa lama aku dulu kat Taman Barkat, Kg Melayu Pontian Besar. Punya la lama tak pergi taman ni...most of the houses have changed...masing2 dah renovate. Jiranpun dah bertambah. Surau nampak dah besar sikit. Kat rumah ni aku melantak habis. Mula2 lontong. Kendian roti jala. Lepas roti jala, laksa pulak....buncit perut. Entahlah....lepas puasa ni berselera pulak aku.

Ingatkan lepas tu nak gi terus second open house...rumah bos. Tp memandangkan dah senak perut, tukar plan nak gi malam.

Tuan rumah sedang menyambut kedatangan tetamu.

Antara tetamu yg datang.
Amar tak berapa sihat. Nampak tak bermaya. Baru lepas muntah. Tak tau sebab apa.

Saing-saing baru lepas balik keje...makanpun berselera. Mungkin sbb masak kambing yg sedap tu...apa nama pun aku tak tau, walaupun dah tanya tuan rumah.

Tetamu wanita.

Mr & Mrs Yap.

Posing sekejap.

Orang2 kuat operation tgh 'kerja kuat'....hehehe.



Thursday, October 15, 2009

Aidil Fitri Open House 2009

Ha...ha...bukan open house rumah aku da...tapi tempat keje aku. Aku bukannya rajin sgt nak buat open2 house ni. Aku tak makan sgt pun, cuma aiskrim sepotong jer. Orang ramai sangat. Aku dgr jemputan orang kampong je dah sampai 1200 org...belum campor kita org lagi dgn in-house contractor....mau lebih 1500 org woo. Anyhow, pada pandangan aku la, open house ni memang khas untuk meraikan orang kampong pun. Sbb apa? Sbb dia org pun sebahagian dr Tg Bin Power Plant ni...sedikit sebanyak ada jugak sumbangan dia org. Dia org cukup bangga sbb ada Tg Bin Power Plant ni kat tempat dia org. Itu yg dia org cakap la masa DJ majlis interview dia org tadi.

Selamat datang kepada para tetamu.


Antara tetamu yg hadir. Adebayor pun ada tuh...tgh mengayat...hiks3x.


Sedap nampak bang? Tak pandang dah kiri kanan.

Beratur jgn tak beratur...yg malas, gi lepak tepi dulu.

Hidangan yg menjadi rebutan...kambing golek.

Sabar menanti giliran...'bila la nak sampai giliran aku ni, lapar dah ni'

Ais krim dan kanak-kanak tak boleh dipisahkan.

Sup yg tinggal air saja...isi sudah langsai.


Tamat.



Saturday, October 10, 2009

My 1st DSLR


Ni la aku punya first DSLR....Nikon D3000 for beginner.

Sebenarnya dah lama aku tertarik dengan fotografi nih. Masa tu aku dok tengah terkontang kanting tercampak kat San Francisco sana, tahun 1988. Ada 2 orang brader lepasan ITM (sekarang UiTM) buat advanced course on photography kat sana. Dia org berdua ni le yg mendedah aku kepada fotografi. Dia org tunjuk gambar2 projek dia org....memang lain dari yg mcm org biasa amik.

Tapi tu lah.....apa malangnya entah, baru la ni tercapai cita-cita. Lama tuh....

Antara gambar awal yg aku amik. Amar boring menunggu.


Kedai aku beli kemera ni depan Reject Shop.

Amar berposing dlm tepaksa. Dah boring banget dah tuh...