Saturday, September 26, 2009

Raya 2009 - Tetamu Tak Diundang


Tengah syok-syok beraya sakan, datang pulak tetamu tak diundang ni. Mungkin dia terbau banyak makanan kot.



Raya 2009 - Satu Catatan Perjalanan


Aku start cuti 17hb September. Gaji pulak masuk 16hb....memang cantik. Kalau ikut kepala aku, nak bertolak pagi-pagi sebab nak singgah Shah Alam, pergi Bank Persatuan. Tapi orang rumah cakap, tak boleh, nak kena kemas rumah dulu...bersihkan mana yang patut, maklumlah nak tinggalkan seminggu. Akupun ok jer, takde masalah. Tukar plan....bermalam kat Shah Alam....so, dalam pukul sebelas lebih kita orang pun bertolak.


Masuk simpang Parit Makasar, hujan mula turun...lebat pulak tu. Terpaksa bawak 60 jer sebab air banyak bertakung kat jalan. Ada 4 wheel drive follow belakang. Boring agaknya follow aku 60 jer dia pun potong dengan selambanya. Tapi bila tengok Nissan X-trail dgn plate number 7171...macam ku kenal jer, tapi di mananya?
By this time, Nuqman dah tido lena. Dia ni pantang naik kete...tido jer memanjang, sejak kecik dulu. Dah nak sampai Shah Alam baru dia jaga..punya la lama.


Sampai Shah Alam dalam pukul 4.30 ptg....memang lambat sbb hujan sepanjang-panjang jalan and kat tol nak kuar Shah Alam jam panjang pulak. Terus tuju Seksyen 9 nak riki kat ne Bank Persatuan. Nampak pulak bangunan kat ne Teoh BH mati...Plaza Masalam...suruh org rumah snap, buat kenang-kenangan.


Check-in Hotel UiTM. Ini kali ketiga kita orang duduk hotel ni....dari first time duduk semalam 100 ringgit, la ni dah naik 150 ringgit semalam. Lelapkan mata sekejap nak melepaskan lelah. Plan pukul 6 bangun cari tempat buka puasa. Tapi sebelum lelap tepon Wark tanya mana tempat nak buka puasa best, and set time nak mengeteh.....dia tak rekomen mana-manapun, sbb dah lambat...kena set awal-awal kalu nak buka puasa kat luar kat Shah Alam ni...dia kata.

Bangun pukul 6 ptg....hujan lebat la pulak. Kuar dari hotel nampak lambang McD terus je tuju....sampai2, panjang pulak queue....tak boleh jadi ni...dah nak buka ni. Patah balik ke Seksyen 2, sbb tadi nampak KFC....sama jugak macam McD tadi. Tengok2 semua gerai & restoren penuh belaka...students tak balik lagi kot. Last2 decide...parking kete, beli air & roti....buka dalam kete...hehehe. Ok jugak...anak2 pun no komen.

1030 mlm...Wark tepon ajak ngeteh. Lepak dgn geng2 PKNS dia sampai 1230 pg.


Esoknya 18hb....Amar belum bangun lagi....sedap tidur tu.
Pukul 9 pg kita org dak tuju Bank Persatuan....tinggal Hasan & Nuqman. Dekat pukul 10 pg, dah settle urusan. Jalan2 kat plaza dekat situ...org umah nak cari beg tangan. Tak jumpa, banyak kedai tak bukak lagi.

Balik hotel & check out. Terus tuju Jaya Jusco Bukit Raja....at last dapat jugak org umah aku beg tangan idamannya....70% less...ok la tu.

Ok....takde nak singgah mana2 lagi ni. Anak2 aku pun dah tak sabar nak sampai rumah embahnya. Perjalanan menuju ke kampong lancar walaupun kenderaan agak banyak di jalanraya. Sampai kat lokasi kemalangan maut yg mengorbankan tiga jiwa, ketiga2 anak aku mengeluarkan reaksi sepontan...huuyooo....bila terpandang keadaan kereta yg terlibat dlm kemalangan tersebut....memang dasyat, renyuk habis keadaan kereta tersebut...Peugeot 206. Kebetulan lokasi tu dekat dengan rumah sepupu org rumah....dia cite, dlm pukul 1015 pg gitu terdengar dentuman yg amat kuat....lebih kuat dua kali ganda dari bunyi meriam yg budak2 main. Kalu ikut Kang Usop, husben sepupu org umah aku tu....dia pun tak sanggup tengok keadaan mayat. India drebar lori 12 tayar tu cakap....."mana saya tau, itu kereta tuju sama saya". Suspek pemandu & penumpang Peugeot 206 tu tertido.....sbb kete tu bergerak dari lorong satu ke lorong ke empat seolah2 tanpa kawalan. Al-Fatihah.


Bacaan trip meter....940.1 masa nak bertolak balik dari kampong ke Pontian. Jauh jugak kita org beraya....dr Pontian ke kampong biasanya dlm 450 km.


Nuqman dgn embah lanang.....tumpang nak gi rumah besan terbarunya di Bestari Jaya....nama baru Batang Berjuntai.


Bye bye. Rumah mertua Amy kat Bestari Jaya.
Dari kiri....Yaya, Kak Mona, Embah Lanang, Haris & Amy.


Dua menara kembar ni le yg Amar dok ajak nak pergi sangat tiap kali lalu KL .


Singgah rumah Paman Sah.....Mat Sah Mohammad Satray.....mangsa tahanan tanpa bicara ISA yg baru dibebaskan sebelum raya hari tu. 7 tahun 3 bulan dia ditahan tanpa dibicarakan, tanpa diketahui apa kesalahannya. Walau dibebaskan namun pergerakannya terbatas. Dia tidak boleh keluar dari kawasan Ampang tanpa kebenaran 2 minggu awal. Tiap2 minggu kena melapor diri.


Akhirnya tercapai juga cita2 Amar nak jejakkan kaki kat KLCC.
Gambar bawah tu....Amar tutup mata & Nuqman betulkan spek sbb silau tengok matahari.



Singgah Melaka la pulak.....saja nak nak cari barang. Lagipun dah petang & akupun dah letih. So, check-in kat Seri Malaysia....180 semalam. Seingat aku tahun 99 dulu pernah check-in Seri Malaysia Kuantan....68 jer semalam. Org umah aku cakap, Kuantan punya takde swimming pool...tu pasal murah.


Bacaan trip meter bila sampai kat Pontian.....478.3. So...total perjalanan raya 2009 ni 1478.3 km.


Wednesday, September 16, 2009

Bersama Merah Hitam



Dua gambar di atas adalah gambar isteri dan anak-anak ku bersama mak cik sepupu isteriku, aka Merah Hitam.....isteri tahanan zalim ISA, Mat Sah Mohammad Satray (yang ku panggil dengan panggilan Paman Sah). Diambil pada 11hb Julai, 2009 sempena kempen mansuh ISA di Pasir Gudang. Ketika itu, beliau yang merupakan aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI), sedang melakukan roadshow seluruh Semenanjung memberi taklimat menegaskan betapa zalim dan tidak adilnya ISA. Terharu dan sebak dada mendengarkan ceritanya dari mula hingga ke akhir. Terasa malu pada diri sendiri juga, kerana mungkin tidak sekuat dan setabah beliau mengharungi segala dugaanNYA ini.

Hari ini, 15hb September 2009,....terharu rasanya.... kerana dengar khabarnya Paman Sah telah dibebaskan. Alhamdulillah.....ucapan syukur ku ke hadrat Allah swt. Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengannya cuti raya ni untuk mendengar segala duka nestapanya selama hampir lapan tahun terpenjara tanpa bicara....walaupun ku tahu beliau bukannya seorang yang banyak mulut.
Bibik Laila, ya Paman Sah sudah dibebaskan, namun perjuang GMI wajib diteruskan selagi ISA tidak dimansuhkan dari bumi Malaysia yang tercinta ini. Kita tidak perlukan akta zalim ISA ini. Akta yang semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja. Memenjarakan orang tanpa bicara. Kalau ikut logik akal ku.....Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat, yang mempunyai para malaikat untuk mencatit dosa-dosa kita, masih membicarakan kita di akhirat kelak. Betapa Maha adilnya Allah.

Sunday, September 13, 2009

Baju Raya

Amar berposing dgn baju raya baru. Tengoklah....lebarnya senyum dia.

Dari kiri Hasan, Nuqman & Amar. Tahun ni tema kelabu.

Monday, September 7, 2009

Nostalgia



ILPP, Batu Rakit, Terengganu. Tempat aku memulakan karier aku. Selama enam bulan aku di tempatkan di institut ini. Dari 20hb November, 1989 hingga ke 20hb May, 1990. Dilatih khusus untuk industri minyak dan gas. Walaupun hanya enam bulan, namun banyak kenangan-kenangannya.

Kepada tenaga pengajar ketika itu....antaranya En Musa Sukarman, En Saidin, Hj Hashim dan lain-lain yang aku tak ingat namanya....terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Kepada warden...Pak Wan dan Pak Yasin....terima kasih juga kerana sabar menangani kerenah kita orang.

Main entrance....dulu. La ni dah lain. Depan pondok guard tu dulu ada public phone. Berebut-rebut jugak bebudak perantis dulu nak guna.

Main entrance la ni. Canggih. Ada dua lorong...masuk & keluar

Bus stop dah tinggal besi jer. Bas Tong Aik nak gi K. Trengganu. Lambat nak mampos.

Jalan lama nak masuk ke ILPP. Pokok semakin besar. Signboard ILPP dah tak ada.

Gerai Mak Wook. Tempat port kita orang. Elaun sebulan RM140 perabih kat sini. Hujung bulan, bukak buku 555.

La ni punya signboard. Dah tukar jadi INSTEP - Institut Teknologi Petronas.


Bila la agaknya aku ada peluang jalan-jalan ke sini balik. Gambar-gambar ni pun bukan aku ambik.....hehehe. Thank Sano for all the photos.

Fuel Pump


It costs me RM380 to replace this fuel pump, including labor. Luckily can get 2nd hand one. If new, might reach RM1k I guess. I have no idea. Now my 15 year-old car runs smoothly.....no more lost power after taking corner.

Friday, September 4, 2009

Buka Tepi Sungai

Semalam buka bos belanja. Dia jemput section dia jer....hehehe. Berapa kerat le staff dalam section dia ni....dia, aku & Azni.....hahaha. Nasib baik kebetulan ada section head dari plant Lumut datang buat audit, jemput la sekali.

Semalam jugak my beloved wife punya birthday, so jamuan ni sekali la nak meraikan dia....hehehe tumpang sekaki.
Aftermath. Keadaan juadah selepas kena serang.

Gambar dari sudut bertentangan untuk menunjukkan betapa ganasnya serangan yang telah dilakukan.

Nota: Gambar tak cun sebab amik guna handphone.