Monday, August 31, 2009

52 Tahun Merdeka


1. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 52 kepada semua.

2. Sudah 52 tahun negara kita merdeka, namun kenapa pemikiran kita masih lagi terkongkong dek penjajah British?

3. Terus terang ku katakan, semangat untukku meraikan 31 Ogos luntur sejak September, 1998. Jadi, 31 Ogos 1998, boleh dikatakan, hari terakhir aku mengibarkan bendera Malaysia dengan penuh semangat kemerdekaan.

4. Tak perlu rasanya ku perjelaskan peristiwa apa yang berlaku pada September, 1998. Namun, bertolak dari peristiwa tersebut menampakkan kepadaku betapa tidak demokratiknya pihak yang memegang tampuk kerajaan ditika itu. Polis, hakim, pendakwaraya.....jelas nampaknya dipersalahgunakan.

5. Hingga tika dan saat ini persepsiku terhadap semua penguasa kerajaan masih tidak berubah.

Sunday, August 30, 2009

Hari Ni Aku Jadi Chef

Hari ni cuba-cuba jadi chef...hehehe. Masak chap chai lepas tengok program Ketuk Ketuk Shiela Rusly. Macam simple jer. So, lepas asar ajak orang rumah cari bahan-bahannya....dapat le yang macam kat bawah ni.
Ni bahan-bahannya.

Tengah masak dalam kuali.

Dah siap. Tinggal nak buka puasa je. Sedap makan masa panas-panas. Tu pasal 10 minit nak buka baru start masak.

Kereta Baru


Kereta baru....tahun 2007 dulu daaaa. Ayah nak pergi kerja. Abang2 nak pergi sekolah. Amar dah bangun....pagi tuuu.

27 Taman Kristal

Rumah impian dalam pembinaan. Tahun 2005 dulu..... 4 tahun dah.


Man & Ummi buat punchlist inspection...sebelah belakang. Tengok Man, kurus lagi.

Posing sebelah dalam pulak. Amar dalam perut lagi tu......14 Jun baru kuar.

Posing depan rumah.

Belakang rumah.